- Menteri dengan pihak kementerian akan menyediakan draf undang-undang.
- Jabatan Peguam Negara akan meneliti draf undang-undang dan menulis draf tersebut semula dalam bentuk perundangan.
- Rang undang-undang dibincangkan di Jemaah Menteri.Baginda perlu meluluskan draf undang-undang tersebut sebelum dibawa ke parlimen.
- Menteri berkenaan membentangkan rang undang-undang di Parlimen dengan hanya membacakan tajuk rang undang-undang.
- Perbahasan secara menyeluruh dan mendalam dijalankan oleh ahli-ahli Parlimen tentang rang undang-undang. Pengundian dijalankan.
- Rang undang-undang akan ditelitikan secara terperinci oleh ahli-ahli jawatankuasa. Pindaan akan dibuat mengikut keperluan tertentu.
- Rang undang-undang akan dibahaskan sekali lagi. Undian akan diadakan untuk meluluskan rang undang-undang.
- Dipersembahkan unutk diperkenankan oleh Yang di-Pertua Agong.
- Rang undang-undang diwartakan untuk dijadikan undang-undang. Undang-undang begini dikenali sebagai akta.
Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan.Ia mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia juga merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
Proses penggubalan Perlembagaan Malaysia
Berikut merupakan proses penggubalan Perlembagaan Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)