Hak Asasi atau Kebebasan Asasi ( 2 )

1)Kebebasan diri dan nyawa
  -Seseorang bebas dan tidak boleh diambil nyawanya, kecuali dituntut oleh undang-undang.
  -Seseorang harus diberitahu sebab ia ditangkap.
  -Seseorang boleh berunding atau dibela oleh peguamnya.
  -Seseorang harus dihadapkan ke mahkamah dalam masa 24 jam selepas ditangkap.
  -Seseorang hanya boleh ditahan lebih lama melalui kuasa Majistret.

2)Kerja paksa dan pengabadian
  -Seseorang hanya dihukum atas perbuatan yang dianggap salah di sisi undang-undang.
 -Seseorang yang dibebaskan daripadasesuatu kesalahan tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama.
 -Namun, mahkamah yang lebih tinggi boleh memerintah perbicaraan semula sekiranya terdapat   bukti baru tentang kes berkenaan.

3)Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebekalangan dan perbicaraan berulang
  - Seseorang hanya dihukum atas perbuatan yang dianggap salah di sisi undang-undang
  -Seseorang yang dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama.
  -Namun, mahkamah yang lebih tinggi boleh memerintah perbicaraan semula sekiranya terdapat bukti baru tentang kes berkenaan.

4)Kesamarataan di sisi undang-undang
  -Semua orang berhak mendapat perlindungan yang sama dari segi undang-undang.
  -Tiada perbezaan terhadap warga asing dari segi kedudukan politik, sosial, pekerjaan, dan taraf ekonomi kecuali jika diperuntukan oleh Perlembagaan.

5)Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan
  -Setiap warganegara boleh bergerak dan bermaustatin di mana-mana negeri dan di Wilayah Persekutuan.
  -Namun,Parlimen boleh mengenakan sekatan ini atas tujuan keselamatan, kesihatan awam dan hukuman atas pesalah.

6)Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
  -Setiap warganegara bebas memberi padangan , berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan.
  -Namun, Parlimen boleh menyekat kebebasan ini demi keselamatan dan ketenteraman negara.

7)Kebebasan agama
  -Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya sendiri.
  -Setiap orang tidak boleh dipaksa membayar cukai khas untuk maksud agama.
  -Setiap orang boleh mengurus agama sendiri atau menubuhkan yayasan agama dan memegang serta mentadbir harta bagi tujuan agama.
  -Namun, Undang-undang negeri boleh menyekat perkembangan iktikad atau kepecayaan antara penganut Islam.

8)Hak yang sama dalam pelajaran
  -Setiap warganegara berhak mendapat pelajaran yang sama daripada pihak berkuasa awam.
  -Kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyelenggarakan institusi pendidikan.

9)Hak atas harta peribadi
  -Setiap warganegara berhak mengumpul dan mengagihkan hartanya.
  -Pampasan harus diberi apabila harta seseorang perlu diambil alih melalui undang-undang.
  -Namun, seseorang atau pesalah boleh dilucutkan hartanya mengikut peruntukan undang-undang.