Kepentingan Perlembagaan Malaysia

Segi Politik
Sistem Kerajaan Persekutuan yang berlandaskan kepada demokrasi berparlimen dapat dijalankan melalui 2 cara :-

  1. Unit politik negara yg boleh dibahagikan kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
  2. Memberikan rakyat hak untuk memilih kerajaan yang dapat memerintah dengan adil
Dengan menggunakan cara pertama,pertindihan kuasa dapat dielakkan dan dapat mengurangkan pemusatan kuasa manakala dengan cara kedua,rakyat boleh menentukan hala tuju politik negara.

Segi Sosial
Dengan wujudnya Perlembagaan Malaysia :-
  • Hak dan kebebasan warganegara terjamin
Contoh : 
- Hak = Berhak memperoleh perlindungan yang sama rata
- Kebebasan = bebas bergerak , bebas menetap di mana-mana bahagian negara , bebas bersuara , bebas menganuti agama , bebas memiliki harta dan sebagainya.
  • Keselamatan rakyat terjamin
  • Keagamaan , keturunan dan kebudayaan seseorang warganegara tidak akan didiskriminasi kerana warganegaratidak dibenarkan menimbulkan perkara sentimen perkauman
Segi Ekonomi
Dengan adanya Perlembagaan Malaysia,segi ekonomi Malaysia juga akan mendapat faedah iaitu kestabilan dalam ekonomi negara dapat diwujudkan dengan mengubal peruntukan tertentu.
Peruntukan yang dimaksudkan termasuklah :-
  • kewangan
  • hak pekerja
  • hak pengguna
  • cara urus niaga pasaran saham
  • jenayah perdagangan
  • kutipan cukai eksport dan import
  • urus niaga mata wang negara dan lain-lain
Dengan mengubalkan peruntukan seperti yang dinyatakan,garis panduan kepada peniaga dapat diwujudkan. Selain itu,pelbagai kegiatan ekonomi juga dapat dilaksanakan oleh kerajaan.